TREND DALAM TEKNOLOGI & MEDIA : PANDANGAN KE HADAPAN
Teknologi pada zaman ini kian
berkembang, terutama dalam Internet, World Wide Web (www), CD-ROM dan video
disc. Oleh sebab perkembangan pesat dalam era teknologi, adalah menjadi satu
kemestian untuk mengkaji isu-isu dan trend yang perlu diambil perhatian supaya
dapat melindungi hak cipta terpelihara dan produk orang lain. Selain itu,
perhatian juga diberikan kepada trend dan peranan teknologi dalam perkembangan
pembelajaran berasaskan teknologi dan perkembangan dalam teknologi, media,
pendidikan dan latihan pada masa depan.
Trend dalam teknologi dan media
sangat penting pada masa hadapan. Pertama ialah, penggunaan teknologi dalam
pendidikan sememangnya boleh mendapat perhatian daripada pelajar dan memudahkan
mereka menyerap ilmu yang disampaikan oleh seseorang tenaga pengajar. Pada masa
kini, boleh dikatakan peralatan teknologi seperti komputer telah menjadi
sebahagian daripada kehidupan generasi muda. Oleh itu, penggunaannya dalam
bidang pendidikan dapat menjamin hasil yang memuaskan. Hal ini kerana penyampaian
dapat dipersembahkan dalam bentuk visual yang menarik, animasi, 3D dengan suara
yang dapat menarik perhatian pelajar terutamanya pelajar sekolah rendah. Ia
juga dapat meringankan beban pelajar yang terpaksa mengalas beg yang penuh
dengan buku ke sekolah sekiranya dapat digantikan dengan hanya beberapa keping
CD-ROM pada masa hadapan.
Penggunaan teknologi dalam
pendidikan juga dapat menjimatkan masa pelajar dan memupuk sikap suka membaca
dalam kalangan pelajar. Dengan adanya teknologi, apa-apa maklumat dapat
diperoleh dengan mudah hanya dengan menaip tajuk yang ingin dicari dalam google
search. Berbanding dengan pelajar pada masa lalu yang terpaksa mencari maklumat
dengan cara manual dan bahan bercetak hanyalah satu-satunya harapan untuk
mereka memperoleh maklumat yang diingini, pelajar sekarang mempunyai kelebihan
dengan adanya kemudahan internet. Hal ini kerana selain daripada bahan
bercetak, pelajar juga dapat memperoleh maklumat yang diingini melalui internet
dengan cepat. Penggunaan media elektronik juga dapat meningkatkan minat membaca
dalam kalangan pelajar. Sebagai bukti, untuk membolehkan kita mengikuti
perkembangan semasa dan menimba ilmu pengetahuan melalui internet, kita perlu
membaca. Segala maklumat yang dipaparkan melalui laman web adalah dalam bentuk
tulisan dan untuk mengetahui maklumat tersebut, kita perlu mahir membaca.
Secara tidak langsung, ia dapat memupuk sikap membaca.
Dengan adanya teknologi yang
canggih, segala tugas dapat dilaksanakan dengan cepat dan betul. Sebagai
contoh, proses mencari maklumat, menyelesaikan tugasan yang diberi oleh
pengajar dan lain-lain lagi. Memang tidak dapat dinafikan bahawa ini merupakan
kebaikan daripada perkembangan teknologi. Adanya teknologi multimedia menjadi
semakin menarik kerana teknologi ini baru diperkenalkan pada tahun 1990-an
walaupun sebelumnya sistem CAL (Computer Aided Learning) dan hiperteks masih
terbatas dalam media yang terpisah-pisah belum digabungkan seperti multimedia
yang memiliki makna gabungan pelbagai media; teks, suara imej, animasi dan
video dalam satu perisian (Jacobs, 1992).
Menurut Evans dan Nation (2000), penggunaan inovasi teknologi baru termasuk internet telah banyak memberi sumbangan dalam pendidikan dan diantaranya adalah menyediakan peluang untuk penambahbaikan mutu pendidikan (Oliver and Short, 1997), menyokong untuk memenuhi kehendak individu dalam program pendidikan (Kennedy and McNaught,1997) dan menyediakan peluang untuk belajar dengan lebih luas dalam konteks sumber asli (Laffley, Tupper, and Musser, 1998).
Menurut Evans dan Nation (2000), penggunaan inovasi teknologi baru termasuk internet telah banyak memberi sumbangan dalam pendidikan dan diantaranya adalah menyediakan peluang untuk penambahbaikan mutu pendidikan (Oliver and Short, 1997), menyokong untuk memenuhi kehendak individu dalam program pendidikan (Kennedy and McNaught,1997) dan menyediakan peluang untuk belajar dengan lebih luas dalam konteks sumber asli (Laffley, Tupper, and Musser, 1998).
Menurut Lowe (2002) pula, pelajar
mendapat pembelajaran secara talian merupakan satu kaedah yang menyenangkan
pembelajaran mereka. Melalui pembelajaran ini, pelajar boleh belajar di mana
sahaja dan pada masa yang dipilih oleh pelajar itu sendiri. Hal ini membolehkan
pelajar tersebut dapat menguruskan masanya dengan lebih efektif dan pada masa
yang sama ia melibatkan penggunaan kos secara efektif. Pembelajaran secara
interaktif melalui talian membolehkan pelajar menerokai maklumat baru menerusi
perpustakaan digital ataupun di laman web. Apabila semakin banyak teknologi
diperkenalkan dalam bidang pendidikan, pendidikan jarak jauh menyediakan satu
cara untuk menyebarkan maklumat dan pengetahuan secara global. Kini, pelbagai
pengetahuan terkini dapat disalurkan melalui internet. Internet merupakan
khazanah ilmu yang membantu berjuta-juta pelajar untuk mendapatkan maklumat
dalam proses pembelajaran dan penyelidikan.
No comments:
Post a Comment